Friday, April 26

Clip-on sunglasses

Assalamualaikum.. Hye..


Orang yang berkaca mata mesti faham perasaan ni especially bila panas terik, nak pandang depan pun tak mampu sebab silau, tapi nak pakai sunglasses normal macam orang lain tak boleh sebab dah pakai spec kan. Memang laa ada sesetengah akan cakap boleh pakai contact lense kan, tapi I tak suka sebab leceh. 


So, tiba-tiba I terfikir, takkan tak ada kot cermin mata hitam yang boleh dilekatkan di cermin mata kita. Jadi, sambil mengisi masa lapang yang sangat terluang sekarang ni, I mulakan operasi Ops Sunglasses (sangatttt) dengan bantuan Google tentunya.. Hikhik.. Tak susah pun nak jumpa kalau guna keyword yang betul. Yang jadi susah bila tak tahu pun nak panggil apa jenis cermin mata hitam yang boleh lekat dekat cermin mata biasa tu..




Luckily, walaupun kedengaran sangat poyo, selepas bersekang mata seharian tak makan tak minum, I terjumpa satu website yang jual exactly cermin mata hitam macam yang I imagine. Now I know ghupenya mendalah tu orang panggil Clip-on sunglasses. Noob sangat..


So, to those who never knew or heard about this, this is how it looks like. Yang bagusnya, it came with a box. Jadi, tak lah bimbang nak simpan kat mana kan.




Ada banyak warna available like green, yellow, brown, and smoke. I chose smoke lense. Tak suka ah nampak pelik sangat pakai cermin warna brown, green segala. So not me ah kan. For size, I can say clip-on sunglasses ni boleh fit spec bentuk segiempat sampai saiz 50. Sebab spec I yang saiz 48 pun ada lebih sikit.




Dan clip-on sunglasses ni polarized, not just a normal small piece of grey lense. Faham tak?

Note: A polarized lens is a true optical filter which has vertically parallel oriented axis aligned together that only allows natural light to travel from the object viewed to the eye, whilst blocking glare caused by reflection (such as water, sand, snow, road surface and windscreen) and scattered light traveling in many different random directions.




For a good stuff like this, I think the price is very reasonable dan affordable. Harganya RM 25 sajer campur RM 7 for postage (Peninsular).








Pendek kata, I sangat happyyyyyy dengan my finding nih lalu I terus order tak tunggu lama.. Hee..


Kat mana nak dapatkan clip-on sunglasses ni? Well.. I got mine HERE.. :D

Thursday, March 28

Panduan Memohon atau Memperbaharui Pasport Antarabangsa Malaysia

Assalamualaikum.. Hye..


Minggu lepas I ke Pejabat Imigresen Kota Bharu untuk perbaharui passport yang dah expired 3 tahun lepas. Huiii.. Rasanya dah advance banyak kot proses memohon pasport sekarang berbanding 8 tahun lepas. Untuk memohon pasport antarabangsa sekarang sangat senang dan cepat. I cuma perlu tunggu kurang 1 jam untuk dapatkan pasport baru. Cepat kan?


Tapi efficiency level tu bergantung kepada situasi juga lah. Waktu I pergi Jabatan Imigresen Kota Bharu minggu lepas, memang lengang je. Cuma ada beberapa orang je yang memohon pasport. Sebab tu juga kot pasport I cepat siap. Jadi, kalau nak pasport anda siap cepat tak nak tunggu lama-lama, sila lah ke Pejabat Imigresen Kota Bharu walaupun anda berada di Sarawak sekali pun. Sebab situ lengang! Hikhik..


Walaupun dah pernah buat pasport dulu, tapi boleh dikatakan I dah terlupa sebenarnya cara memohon. Kang ada yang tak lengkap tak ke naya. Lebih senang kalau kita prepare siap-siap semua yang diperlukan sebelum ke pejabat imigresen daripada berkejar sana-sini lepas tu. Kan.... So, I googled and gather the information and now I wanna share with uolss. :)




Cara Memohon Pasport Antarabangsa Malaysia Kali Pertama

Perkara WAJIB ada sebelum memohon pasport:


1.     MyKad pemohon
2.     1 salinan MyKad pemohon (depan belakang - dalam 1 muka surat)
3.     Sijil Lahir pemohon 
4.     2 keping gambar berukuran pasport terbaru berlatar belakang biru muda
5.     Duit 


Kadar bayaran biasa untuk pasport: 
  • RM 100 - untuk tempoh 2 tahun
  • RM 300 - untuk tempoh 5 tahun

* Prosedur memohon pasport ni sangat senang sebenarnya. Perkara pertama yang perlu dibuat haruslah ambil nombor giliran, kemudian just follow the flow. Faham kan? Maksudnya ikut laa apa yang diarahkan.. Hee.. Masa I ke Jabatan Imigresen Kota Bharu hari tu, waktu ambil nombor giliran, pakcik pengawal tu terus tanya I, urusan apa dan dia guide I apa perlu dibuat.  


Cara Perbaharui Pasport Antarabangsa Malaysia

Perkara WAJIB ada sebelum memperbaharui pasport:

1.     MyKad pemohon
2.     Passport lama ( PENTING )
3.     2 keping gambar berukuran pasport terbaru berlatar belakang biru muda
4.     Duit 


Kadar bayaran biasa untuk pasport: 
  • RM 100 - untuk tempoh 2 tahun
  • RM 300 - untuk tempoh 5 tahun

* Prosedur untuk perbaharui passport ni sama aje dengan prosedur untuk memohon kali pertama. Cuma pastikan anda bawa pasport lama. Ini PENTING sebab passport lama perlu dibatalkan. Kalau pasport lama hilang, sila cari sampai jumpa ye, tak pun buat laporan polis.


Untuk pemohon yang tergolong dalam golongan KHAS
  1. warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  2. kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah
  3. pelajar berumur 21 dan ke bawah yang mendapat tawaran belajar di luar negara dan mempunyai surat tawaran

 Kadar bayaran untuk pasport seperti berikut:

  • RM 80 - untuk tempoh 2 tahun
  • RM 150 - untuk tempoh 5 tahun


Selepas selesai semua urusan dan bayaran, passport akan diproses dan akan siap dalam masa 1-2 jam InsyaAllah. Kecuali kalau anda bertuah, boleh laa anda dapat pasport baru kurang dari 1 jam bergantung kepada keadaan. Sila bersabar dan manfaatkan masa anda.. Hee :)



Pasport baru perlu diambil sendiri oleh pemohon. Tak boleh wakilkan. Sekian. 


Sumber [1] [2]
Related Posts with Thumbnails

neTwoRk~