Pages

Friday, April 22

[Siri 1] Pengembaraan bermula di Kem Nur Lembah Lenggong, Perak..

Assalamualaikum.. Hye.. 


Ingat tak dulu, I pernah cerita I ambil 1 kelas ko-kurikulum semester ni, Pendidikan Luar.. [klik sini] Yang I cerita sebelum ni, tentang I berkayak.. 


Kali ni pulak, I nak cerita yang I berkhemah 2 hari 1 malam di Kem Nur Lembah Lenggong, Perak pada 19-20 Mac 2011 lepas.. Dah lama sangat I simpan cerita ni.. Tapi apa-apa pun, tak best laa kalau tak bercerita di blog.. Nak cerita jugak.. Nak jugak.. *Muntah Muahaha!


I ada banyak sangat gambar nak tunjuk ni.. wohooo! Dah lama I tak menempek muka I kat belog ni kan.. Kali ni I akan letak banyak banyak.. Jangan muntah hijau dah laa eh.. hehe


*******

19 Mac 2011




Masih di UM.. Sedang kemas barang masuk dalam perut bas.. hehe




Ok.. Dah sampai.. Cepat kan? 1 saat je dah sampai Kem Lembah Lenggong.. haha Bukan lah! Lama jugak nak sampai ke sini.. Dekat 5 jam kalau tak silap..




Perkara pertama haruslah dirikan khemah dulu.. Dan, khemah I besar!! Seronok oii.. haha




Ni kumpulan I, 6 orang.. Seorang lagi tukang ambil gambar ni haa.. hehe Kami kumpulan pertama yang ditugaskan untuk memasak.. 




Lauk senang je.. Sardin, Sayur kubis dan telur dadar.. Tapi, sedap jugak laa.. Anak chef yang masak, haruslah sedap.. Kalau tak, buat malu kampeni je.. haha Anak chef tu yang paling kanan tu.. Tapi, dengar-dengarnya dia dah berpunya.. Tak ada peluang laa nak ambil jadi tukang masak kat rumah ni.. Haish! haha




Oh.. I teruja gle weyh!!! Ni pertama kali I terbang macam ni.. Flying fox lah.. Mula-mula kemain seronok nak terbang.. Sampai je pertengahan jalan, terus dup dap dup dap.. Mana taknya, tengah menyeberang Sungai Perak yang deras gle tu oii! Kalau jatuh, sah sah tak ada daa pemilik blog ni.. Tapi, alhamdulillah selamat lagi.. Pheww! 




Rehat jap, sambil menikmati keindahan petang.. Cewah! ki3~




Hari sudah malam maaa.. Ada BBQ.. yea!! hehe




Orang lain sibuk menyanyi, I sibuk dok peace.. Tu yang ternganga macam nak ngap orang je.. haha! Tapi, jangan dok harap korang boleh tengok I ternganga.. I dah edit baekk punya.. Muahaha!


Aktiviti malam tu ada persembahan kumpulan dan persembahan spontan! perghhh! Cikgu kitorang ni serius tak boleh jangka weyh.. Macam-macam dia suruh buat.. Kena joget, kena menari, jadi James Bond pun ada.. hahaha 


Serius seronok.. Walaupun I ngantuk gle! Sebab aktiviti malam tu habis pukul 3 pagi.. Tapi, pukul 5 baru boleh tidur sebab dok borak je banyak.. haha!


*******

20 Mac 2011




Pengembaraan bermula! Hari kedua ni terus bertukar jadi lasak sikit.. Sebab kena redah hutan dan gua! Kalau tak silap, ada 3 gua kot kitorang masuk.. 




Dah laa cerun.. Licin pulak tu! Sikit lagi nak tergelongsor turun.. huhu




Ni gua terakhir kitorang singgah sebelum balik.. Kata pemandu 'pelancong' tu, gua ni tempat penggambaran Sifu dan Tongga.. 






Kumpulan I dan En. Mohamad, cikgu kami..




*******




Kemuncak perkhemahan kami sebelum balik UM.. sobs~ 




Bergambar gaya James Bond.. Kononnya.. hehe




Happening tak hengat.. hoho~




Ni masa acara tukar tukar hadiah.. Tu hadiah daripada I.. I suka gle weyh dengan pembalut hadiah tu.. haha! Tak malu puji pilihan sendiri.. hehe




Comey tak? Glad my friend liked it.. hehe


*******


Sebenarnya, di sini bermulanya keakraban kami sebagai satu keluarga.. Lepas 10 minggu baru kitorang rapat sampai sekarang.. Kalau sebelum perkhemahan ni, I tak ambil kisah pun dengan orang yang duduk kat belakang I.. Woh! 


Sebab I memang selalu duduk depan.. Dan I segan nak berpaling ke belakang sebab semuanya I tak kenal.. Sebab kitorang ni dari macam-macam fakulti tau.. Ada yang dari Fakulti Sains, Ekonomi, Sastera, Pengajian Islam dll.. 


Tapi, alhamdulillah.. Perkhemahan ni merapatkan kami.. Cewah!! hehe


*******

Tunggu! I tak habis cerita lagi.. Ni baru Siri 1 tau.. ada banyak lagi siri akan menyusul.. hehe

2 comments:

  1. rajin nye gi camping. ML dah lame gile tak gi camping. Cantik ar tempat camping tu, boleh masak-masak bawah tu.mesti best kan ^__^

    ReplyDelete
  2. hehe ni pun sebab masuk kelas ko-k ni.. kalau tak, sah2 xpgy nye..
    aah.. masak kat bawah bangsal tu je.. open air.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

tHe d!aRies~