Pages

Sunday, July 17

Resepi Puding Triffle

Assalamualaikum.. Hye.. 


Sebelum ni I ada cerita khamis lepas, ada makan makan kat sekolah I kan? Sempena sorang ustazah nak berpindah tuh.. Masa jamuan ni, ada sorang cikgu nih buat puding.. Ramai cikgu yang cakap sedap.. Tapi I tak sempat nak rasa.. Huhu


Lepas tuh, ada cikgu tanya dia resepi untuk puding tu.. I curi curi dengar je laa.. Sambil sambil buat kerja.. Dia ada sebut kek lapis, fruit cocktail, jeli, bla bla bla.. Tiba tiba I rasa macam senang je nak buat puding tu.. Cuma I tak pasti sukatan yang betul.. I tak salin pun masa dia bagitau tu.. Kang memandai, terlebih gula ke tepung ke, haru weyh..






Jadi, I cari balik resepi puding tu kat internet.. Dan taraaa! Jumpa weyh! I love you lah internet.. Muahaha  Rupanya nama puding tu T.R.I.F.F.L.E.. I pernah dengar triffle sebelum ni.. Ramai yang kata sedap.. Jadi, apa kata kita buat sendiri? 


Jom!


*********


Resepi Puding Triffle


Bahan-bahan:

1) 1 bungkus kek swiss roll

2) 1 tin fruit cocktail
3) 1 kotak agar-agar segera (cap NONA)
4) 2 sudu besar tepung kastard
5) 3 sudu besar gula
6) 3 cawan susu segar



Cara-cara:

1) Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. Angkat dan biarkan sejuk..

2) Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas sehingga penuh..

3) Kemudian, ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi..

4) Tuangkan kastard tadi di atas kesemua kek sehingga rata..

5) Taburkan buah cocktail ke atas kastard tersebut..

6) Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.

7) Masukkan ke dalam peti sejuk.

8) Yang ni I perlu cakap jugak ke? MAKAN laa! Hehe~


**************************************************************


6 comments:

  1. cik syarafina,

    hari ni msred buar puding roti jer.... layan jer...

    jemput join egmen, tengs...jemput join yea,tengshttp://msredcheesecake.blogspot.com/2011/07/segmen-msred-my-favorite-photo-and-why.html

    ReplyDelete
  2. looks so color and lovely.

    ReplyDelete
  3. dah cuba ke? pos lah kat sini..

    ReplyDelete
  4. puding roti pun sedap.. saya suka.. hehe 

    insyaAllah saya join.. kena selongkar folder gambar dulu laa ni.. hehe~

    ReplyDelete
  5. will try soon.. tehee~ insyaAllah bila dah menjadi saya post kat sini.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails