Pages

Friday, July 29

[Tips] Pakaian dan warna kulit

Assalamualaikum.. Hye..


Tengah dok belek belek Majalah Wanita, terjumpa satu artikel nih tentang Warna-warna lelaki.. Tapi, tak jumpa pulak warna-warna wanita.. Takpe, dua dua boleh pakai sebenarnya..


Dalam dunia nih ada banyak warna yang kita boleh tengok setiap hari.. Ada yang gelap, ada yang terang.. Ada warna neon macam kuning terang, pink, hijau,dan oren.. 




Ada jugak warna pastel macam biru lembut, pink lembut.. Kiranya warna warna yang lembut lembut macam marshmellow nyum nyum sedap tuh warna pastel lah.. *Pulak* 




Walaubagaimanapun, tak semua warna nih sesuai dengan semua orang.. Ada yang berkulit gelap, ada yang berkulit cerah.. Warna kulit nih laa yang menentukan warna pakaian yang sesuai untuk kita.. Kalau salah pilih, entah entah boleh jadi badut.. Tak pun tenggelam terus sampai orang cari tak jumpa, padahal ada kat sebelah dia je.. Tak ke haru macam tu..


Jadi, jom cekidaut warna pakaian yang sesuai mengikut warna kulit anda.. 


Kulit gelap

Orang berkulit gelap nih biasanya orang Asia laa.. Bukan kulit hitam legam tuh, tapi lebih kepada sawo matang.. Golongan nih kalau nak cari pakaian, kena pilih rona yang kontra dengan kulit.. 


Jadi, warna-warna yang sesuai untuk golongan nih ialah putih, pink, khaki, kelabu dan biru lembut.. Warna pantang pulak ialah coklat gelap, hitam, merah gelap dan hijau.. 


Kulit cerah

Golongan kulit cerah nih kiranya bernasib baik sebab diorang boleh pilih warna apa aje, terang atau gelap.. Tapi, lebih sesuai kalau pilih warna terang, lembut dan pastel.. Contohnya, warna putih, coklat, biru terang, merah dan hitam.. 


Tapi, orang kulit cerah nih pun ada jugak warna pantangnya.. Macam ungu, oren, dan kuning.. Kalau tak, nampak senada je nanti, tak menyerlah.. 



Nota kaki: Psstt! I suka tengok U pakai merah.. Walaupun U gelap.. Kih3~


Terima kasih sudi baca.. :)

5 comments:

  1. haha semua tuh orang lain yang cakap.. tapi, kalau kita nak pakai terpulang laa kan.. yang penting kita yakin dengan diri kita, ok laa.. hehe saya pun suka warna neon padahal kulit tengah2.. haha~

    ReplyDelete
  2. i ska warna2 terlarang untuk kulit gelap tuh!! sangat suka!! peace...
    faveret colour tuh.. even kulit ala2 dok kat africa gitu..haha

    ReplyDelete
  3. oitt..bukan ke org yg kulit gelap plg pantang dgn warna putih??
    kalau tak slh saye kan.. org yg kulit gelap pakai tdg putih..akn kelihatan smkin gelap..
    biasanya org kulit gelap lebih cerah pakai tdg warna koko ke.. hitam ke..

    ReplyDelete
  4. tip yang bagus :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails