Pages

Thursday, November 10

Resipi Pavlova - Kek Meringue

Assalamualaikum.. Hye..


Korang pernah dengar tentang Pavlova? Yang pasti Pavlova ni bukan nama artis.. Bukan juga nama permainan.. Tapi, sejenis makanan yang tengok sekali memang boleh buat kecur air liur.. Serius..


Nah! I tempek gambar pengenalan dulu..




Sejak kali pertama I tengok Pavlova kat Facebook ni bulan lepas (saja nak bagi efek dramatik sikit), kalau boleh setiap hari I nak tengok dan setiap kali mesti terliur.. Nak beli mahal sangat (efek sedih pulak).. Lagipun tak tahu nak ambil macam mana kalau order online..


Supaya tak mendera diri sendiri, dengan gigihnya I google resepi pavlova dengan harapan nak buat sendiri..


Pavlova ni sebenarnya ialah sejenis kek meringue yang dibuat daripada 2 komponen utama, putih telur dan gula. Kat luar bahagian Pavlova ni rangup dan licin, dan kat bahagian dalam tu lembut.. Biasanya orang hidang Pavlova bersama whipped cream dan buah-buahan segar macam kiwi dan berries - strawberry, blueberry, raspberry..


Berminat? Ok jom tengok resepi Pavlova yang I dok gembar-gembur nih!


************************************


RESEPI PAVLOVA




Bahan-bahan

3 biji putih telur 
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh air perahan limau nipis atau lemon
1 sudu besar tepung jagung



Topping

1 cawan (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla


Tips wajib

1. Ketika mengasingkan telur putih dan kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang termasuk dalam telur putih.


2. Sebelum digunakan, pastikan telur berada pada suhu bilik.. Keluarkan awal awal dari peti sejuk atau rendamkan telur dalam air biasa.. Jangan gunakan telur yang masih sejuk.. Kalau telur tu baru lepas keluar dari peti sejuk, terus korang bantai buat, insyaAllah tak menjadi.. 

3. Pastikan semua peralatan yang digunakan bersih daripada sebarang air dan kesan minyak..


Cara-cara membuat meringue

1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi 'soft peak form'..

2. Dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.. Masa ni adunan akan bertukar menjadi seperti krim putih tapi belum lagi berkilat.. 

3. Teruskan putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga krim tu bertukar menjadi putih berkilat..


4. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati..


5. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sampai sebati..


6. Masukkan air perahan limau nipis atau lemon.. Gaulkan menggunakan senduk kayu..

7- Bentukkan meringue menjadi bulatan di atas kertas minyak.. Kalau nak senang, lukis siap siap bentuk bulat atas kertas minyak tu..


Untuk membakar

1. Panaskan oven pada suhu 150' C 15 minit lebih awal. 

2. Masukkan meringue tadi ke dalam oven.. Dalam lebih kurang 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C.. Bakar selama 1 jam.. Kalau nak selamat, sentiasa cek dalam ketuhar tuh.. Kot kot da hangus hitam legam..


** Bakar sehingga warna meringue bertukar menjadi perang muda.. Matikan oven.. 


** Jangan terus keluarkan meringue dari oven.. Biarkan pintu oven terbuka.. Biar meringue tu menyejuk secara perlahan-lahan dalam oven.. Kalau tak, kek tu akan turun dan leper macam lempeng.. 


Cara-cara membuat topping

1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.. Satu petua nak mudahkan kerja.. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream..

2. Bila whipping cream dah kental.. Masukkan gula dan esen vanila..

3. Masukkan whipped cream dalam plastik.. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak menghias baru keluarkan.. 


4. Hias dengan buah-buahan segar yang siap dipotong..




Nota kaki: Resipi ni I dapat daripada SINI dan ada sesetengah bahan yang dah diubah mengikut kesesuaian..

0 roses in the garden:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails