Pages

Monday, January 30

[Tips] Cara mengatasi ink cartridge yang tersumbat..

Assalamualaikum.. Hye.. 


Pernah tak bila korang tak guna printer untuk jangka masa yang lama, dakwat die tak keluar? Walaupun dah refill, tetap jugak tak keluar keluar sebab dah tersumbat.. Bengang? Yes! Lagi lagi bila fikir kena beli ink catridge baru.. Tapi tahukah korang? Mahal wei mendalah tu.. Satu cartridge dah RM 60 lebih kurang.. Kalau yang cartridge untuk warna lagi mahal.. Tambah dua tu, ada laa dalam RM 120 lebih kot.. ='(


Nak dijadikan cerita, semester lepas kan I cuti semester 4 bulan.. Balik daripada bercuti, kononnya I refill lah cartridge tuh sebab I tahu dakwat dia dah habis sebelum balik bercuti dulu.. Print punya lah print, tapi setitik pun tak keluar dakwatnya! Arghhh!! Maka, adik yang comel ni terus lah mengadu dengan kakaknya.. Kalau nasib baik, ada yang tolong support.. Muehehe.. Kak Long yang baik hati pun bawa lah ke Digital Mall dekat PJ tuh.. Mula mula ingat nak beli je cartridge baru.. Tapi, terkedu tengok harga 'murah' giler!


Lepas tu, ternampak ada booth yang jenis baiki baiki printer nih semua.. Bila I tunjuk cartridge I tuh, dia cakap boleh baiki nih dik.. Serius??! Kos dia pulak RM 20 je pun untuk 2 catridge.. Ini sudah bagus.. Jimat duit kakakku.. Boleh lah paww untuk benda lain pulak nanti.. O yeah! Keh3..


Dengan semangat I tengok dia buat, rupa-rupanya senang je! Nak tahu caranya? Bagi I velvet cupcakes dulu baru I cerita.. :p Ok ok I gurau je lah.. Hehe..


Apa perlu dibuat jika print tak keluar dakwat walaupun cartridge dah di'refill'?


1. Sebelum korang hantar ke kedai, cuba run 'print-head cleaning mechanism'.. Biasanya langkah langkah untuk buat ni ada dalam manual printer yang korang tak pernah baca tuh..


Dah buat? Ok.. Kalau masih tak keluar dakwat, cuba langkah ni pulak..


2. Guna syringe tanpa jarum (biasanya ada dibekalkan dalam kotak refill), inject udara ke dalam cartridge melalui lubang sama yang kita guna untuk refill dakwat.. Buat ulang ulang kali untuk tolak dakwat yang tersumbat kat print head cartridge tu.. Tapi ingat! Mungkin akan ada dakwat yang terpercik keluar.. Jadi sila berhati-hati jangan sampai dakwat tuh terpercik ke baju korang.. Tak pasal pasal ada corak extra pulak kat baju korang nanti..

Bila dah ada dakwat yang keluar, cuba refill catridge sekali lagi.. Dan lekap atas tisu.. Kalau ada dakwat kat tisu tu, cuba korang print.. O.K ke K.O?


Tapi walaupun dah buat langkah-langkah tu, tapi degil jugak print tak keluar keluar dakwatnya, jangan terus baling keluar tingkap rumah, benjol kepala jiran korang nanti.. Mungkin nozzle cartridge tu dah tersumbat dengan dakwat kering..


Apa perlu dibuat jika print head cartridge tersumbat dengan dakwat kering?


1. Ambil semangkuk air suam, tak perlu banyak pun.. Celup nozzle dalam air suam sampai ada dakwat yg mengalir keluar daripada nozzle tu.. 


2. Selepas beberapa minit, lapkan nozzle dengan tisu..


Cuba print sekali lagi.. Kalau tetap tak keluar, ulang langkah tadi few more times.. Kalau dah bersusah payah sampai peluh menitik pun tak menjadi jugak, maybe it's time to buy new catridges lah kot.. Dah sampai ajal die.. Hoho~


Jadi, kalau korang pun ada masalah sama macam I.. Tak perlu lah nak bazir duit, tegopoh-gapah beli cartridge baru melainkan anda kaya raya, duit buat makan setahun pun tak habis.. Cuba bersihkan print head tu sendiri.. Senang je pun.. Selamat mencuba! :D

6 comments:

  1. ouh. pernah jugak hadapi situasi yg lebih kurang mcm ni. 
    bila refill, dh penuh. tp bila print, ink x kuar.
    last2, beli catridge baru. dah la mahal.
    next time bleh la cuba cara ni. tq :)

    ReplyDelete
  2. tu lah kan? mula2 saya berkira2 nak beli yang baru jugak, sebab tak pernah tahu pasal ni.. tapi nasib baik pergi kedai yang betul.. dia offer utk baiki instead of beli yg baru.. lebih jimat katanya.. lgpun cartridge tu boleh guna lg.. 


    lain kali boleh laa try buat sendiri.. :)

    ReplyDelete
  3. oooo terbaik laa,boleh bagitahu pulak cara nak sedut ink ke dalam print head cartridge,sebab saya baru je pakai printer niii xtau pape pon....

    ReplyDelete
  4. kalo sy pnye ble print dy pnye gmbar x kuar bngng gler r blh  xgtaw cre yew

    ReplyDelete
  5. cartilage saya dah hancur sebab cucuk jarum lepas rendam dengan air sebab tak keluar2 juga ink kuning...ink biru dan merah yang berlambak2 keluar...dah tak tau nak buat mcm mana....nampaknya macam kena campak jauh2 dari pandangan mata .....heheehee thanks berguna juga tips yg di berikan walaupun ink kuning tetap tak keluar sbb degil.

    ReplyDelete
  6. sebab anda print perkataan/number.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails