Pages

Saturday, February 4

[Tips] 10 perkara wajib diketahui sebelum memilih kasut

Assalamualaikum.. Hye..


Tahukah korang selain baju, seluar, skirt semua tuh, kasut atau sandal pun merupakan salah satu yang terpenting dalam penampilan.. Biasanya orang akan tengok kita dari atas ke bawah, dari tudung ke kasut, dari rambut ke kasut, dari mata turun ke hati (Ehh??!).. Jadi, haruslah kita pilih kasut yang lawa, comel, kiut, gojes bukan? Gojes pada pandangan sendiri pun tak apa.. Mana lah kita tahu pandangan orang lain kan.. 


Tapi! Nak pilih kasut nih bukan setakat kena tengok lawa, comel, kiut, gojes je! Mana laa tahu, asalkan gojes je terus rembat.. Jangan! Sila kesiankan kaki anda yang dok merayu-rayu kat tuan dia, "Tolong laa jangan seksa aku".. Kejam tahu (?) seksa kaki sendiri.. 


Jadi, apa yang perlu kita ambil perhatian semasa memilih kasut? Jom cekidaut!


1. Kasut haruslah berpadanan dengan ukuran kaki anda.. Kalau kaki anda bersaiz 8, jangan beli kasut saiz 7 sebab saiz 8 tak ada stok..


2. Tahukah anda, kedua kaki manusia tidak sama besar, di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi.. Jadi, pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar..


3. Permukaan kasut tu sebaiknya pilih yang lembut pada tapak bahagian dalam supaya kaki selesa sebab ada kusyen kat kaki.. 


4. Kalau kita hidup kat iklim macam di Malaysia ni, sila pilih kasut yang membenarkan pengaliran udara, untuk mengelakkan kaki anda berpeluh yang seterusnya jadi rumah pada bakteria bakteria dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.. Urghh!


5. Jangan pakai kasut yang mempunyai tali antara ibu jari dan jari kaki, kerana ia boleh menyebabkan kesakitan.. Tak tahan! Lagi satu, ia akan menyebabkan kaki anda mengembang denagn sihatnya.. Tak lawa kot..

6. Bila pilih kasut, panjang dan lebar kasut tu haruslah mempunyai ruang yang mencukupi bagi jari-jari kaki untuk bergerak dengan bebas..


7. Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petang sebab pada waktu ni, kaki akan sedikit mengembang.. Jadi, jika anda berasa kasut yang dipakai sewaktu kaki mengembang tu selesa, apatah lagi jika dipakai sewaktu kaki dalam keadaan biasa bukan?


8. Lembutkan kasut baru secara beransur-ansur dengan memakainya tidak lebih daripada 1 jam sehari selama beberapa hari..


9. Untuk mengelakkan kaki anda melecet, pakai sarung kaki atau stoking. Sebaiknya pilih sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan, yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki. Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.


10. Untuk test samada pemakaian kasut telah memendekkan otot betis anda, berdiri di atas cerun yang menghadap ke arah bukit, rapatkan kaki dan halakan sedikit kearah satu sama lain. Jika anda boleh berdiri tegak, anda bukanlah mangsa pemakaian kasut yang salah. Jika anda tidak boleh berbuat demikian dan terpaksa membongkok kehadapan, tumit tinggi anda telah memendekkan otos betis anda!




Nota kaki: I tak pernah beli kasut secara online atau minta orang lain tolong belikan.. Walaupun begitu, I pun selalu jadi mangsa kasut.. (T_T) Akhirnya kasut tuh terbiar macam tu aje.. 

9 comments:

  1. erm..klu kaki melecet mmg menyakitkn..thanks for this info..:)

    ReplyDelete
  2. serius sakit! nak berjalan pun susah.. dalam beg wajib ada handyplus takut kaki melecet.. huhu 

    ur most welcome.. :)

    ReplyDelete
  3. Dulu2 masa akak kat uni, senior akak gigit kasut yg baru dibelinya. Terkejut badak akak dibuatnya! Hahaha.. Katanya petua utk elak kaki melecet pakai kasut baru.. Sblom kau gigit aku, aku gigit kau dulu.. Hahahaha... 

    ReplyDelete
  4. tapikan.klu bagi sye..sye lg prefer ksut xbtumit. sbb klu nak lari g kelas sng..xdela melecet.hee..thanx sharing :)

    ReplyDelete
  5. saya pun pernah dgr pasal petua ni.. macam2 laa org ni kan.. hahaha abes kaki senior akak tu melecet tak lepas tu.. hoho~

    ReplyDelete
  6. sama laa.. lagi2 kalau kena jalan banyak2.. lagi selesa pakai flat shoes je.. tp skali skala nak jugak pakai yg tinggi2.. hehe 
    ur welcome.. :)

    ReplyDelete
  7. entah laa.. xsempat nak tanya nike.. hehe

    ReplyDelete
  8. kalau sakit blkg, mmg kna pilih kasut betul2.. kalau tak, makin teruk nnt.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails