Pages

Monday, June 24

Powerbank berkualiti, original dan berpatutan

Assalamualaikum.. Hye..


Korang tahu, dulu aku guna Sony Ericsson Xperia X8 sebelum aku bertukar guna Samsung Galaxy S3 Pink kesayangan aku tu. Sepanjang aku guna Xperia X8 sejak 2011, dah 2 kali handphone tu bertukar bateri baru, sebab bateri cepat kong. Dah laa bateri kong, tapi guna internet taknak kalah. Bukak Facebook every minute, stalk instagram lagi, cek emel, chatting kat whatsapp. Macam-macam. Tak reti dok diam sungguh jari nih.


Yang paling tension bila keluar ke mana-mana, time nak balas mesej tu laa bateri merayu-rayu minta dicaj. Kat mana nak gagau plug nak caj handphone time tuh. Urghh.. Lagi-lagi kalau perjalanan jauh macam nak pergi Kuala Lumpur ke. Pandang sepi macam tu je laa handphone tu.


Sebab tu bila aku tahu je kewujudan powerbank, aku terus survey nak cari powerbank yang terbaik tapi harga murah! Murah tu penting. Tapi, kalau murah je, tapi pakai 2, 3 kali pastu rosak buat apa kan. Mesti laa perlu berkualiti juga. Lama juga aku google, dan banyak juga yang macam ok. Tapi barang elektronik macam ni aku kurang yakin nak beli lagi-lagi beli online sebab takut kena tipu dengan barang bukan original.


Ada satu hari, aku terbaca Irine Nadia review satu powerbank ni, brand Pineng. Produk China juga tapi review dia nampak meyakinkan. Lagi-lagi penjual tuh pun melayu dan nampak boleh dipercayai. So, aku mula godek-godek Facebook page beliau. Masa tu ada satu produk je dia jual, powerbank 11200 mAh. Dan kalau tak silap, dah batch ke 9 kot masa tu, dah lupa. Well.. Tu salah satu point yang menambahkan keyakinan aku untuk membeli, sebab selalunya yang dah banyak batch macam tu, means bisnes dia memang dipercayai. Kan?




Elemen lain yang membuatkan aku bertambah minat nak beli sebab rupa dia yang sangat menarik tu! Tak menarik ke tu dengan body aluminium metallic dia yang berkilat dan nampak gagah perkasa, screen yang paparkan jumlah peratus yang masih tinggal dan ada torchlight pula tu. Tak payah tergagau-gagau masuk kain orang nak charge handphone. Serius nampak eksklusif!




Yang lagi bagusnya tentang powerbank Pineng ni, bila handphone kita fully charged, powerbank tu sendiri akan stop charging untuk mengelakkan handphone kita over-charging. Terbaik ah. Dah laa boleh charge 5-6 kali walaupun cuma 11200 mAh je.


Lagi satu, bila beli powerbank ni, memang akan dapat complete package - powerbank (of course), USB wire serta segala jenis kepala yang sesuai untuk semua jenis handphone (Nokia, Samsung, Sony Ericsson, Iphone dll), sehelai nota FAQ dari FaizIbrahim, 3-pin plug (sebab ni produk China kan, so pin dia berbeza dari Malaysia), dan satu pouch bag. Oh. Dan ada warranty setahun juga.




Jenuh juga aku nak pilih warna mana satu sebab semua pun lawa. Tapi, warna biru tu macam memanggil-manggil je. Cun sangat laa dengan aku sebagai perempuan kan. Cewahh.


Lepas berpuas hati, aku terus PM beliau untuk place order. Masa tu belum wujud lagi sistem order melalui website macam sekarang. Website pun belum wujud lagi. Tapi, dia reply agak cepat juga. Quite efficient. And I can see he's improved a lot. Dah laa sekarang ni macam-macam mAh ada dijual. Kalau nak tahu, korang kena cekidaut sendiri lah.


Sekarang ni, ke mana pun aku pergi, powerbank ni WAJIB ada dalam handbag aku. Wajib bawa. Pergi picnic, pergi shopping mall, pergi pasar, naik bas. Asalkan bawak handbag. :p 


So far, I am a satisfied user. :)


Kalau korang masih tercari-cari powerbank yang berkualiti dan original dengan harga berpatutan, zasss cepat-cepat ke Facebook page atau website beliau. Serius kena cepat, sebab dalam beberapa minit je semua sold out phewww! 


Facebook: The Faiz Ibrahim 

0 281 roses in the garden:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails