Pages

Friday, June 28

Resipi Penkek Milo

Assalamualaikum.. Hye..


Jom aku nak share dengan korang resepi yang super duper simple nih. Penkek atau Pancake atau Lempeng Milo yang sedap dimakan waktu breakfast. Resepi ni aku jumpa beberapa bulan lepas. Anak sedara aku, Danish panggil Pancake Milo ni as TubbyCastard, ke caner entah ejanya. Alahh.. Penkek dalam cerita Teletubbies tu. Haha. Masa mula-mula offer aku cakap penkek, dia jeling hujung mata je. Bila sebut TubbyCastard, terus datang menempel. Kids.. Hehe




Resepi Penkek Milo

Resepi asal: Hidayatul Hafiza
Sumber: FB/bukuresipi


Bahan-bahan:
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair/ susu segar
  • 3 paket milo 3 in 1
        * Kalau tak ada Milo 3 in 1, masukkan Milo 3 cawan dan gula 1 1/2 cawan
  • 3 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
  1. Pecahkan telur dan kacau.
  2. Masukkan tepung gandum, susu, milo, soda bikarbonat, dan baking powder ke dalam mangkuk telur. Kacau adunan sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
  4. Tapis adunan supaya adunan tak berbintil. Atau putar adunan menggunakan mixer sehingga betul-betul sebati.
  5. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan (saiz 3-5 inci). 
  6. Gunakan api perlahan. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam non-stick pan. 
  7. Bila penkek dah mula berlubang-lubang dan hampir kering di bahagian atas, terbalikkan penkek.
  8. Biarkan sebentar dan terus angkat.


Nota: 
  • Adunan ni boleh dapat 9-11 keping penkek milo.
  • Jika rasa adunan agak cair, tambah sedikit lagi tepung.
  • Kalau rasa milo tak cukup, tambah lagi milo sesedap rasa korang. Kalau tak cukup manis, tambah gula. Gitu laa.. Hehe
  • Sebagai topping, boleh tuangkan coklat hershey, atau bancuh satu paket milo 3 in 1 dengan sedikit air panas dan tuangkan atas penkek.

6 comments:

  1. macam bes t...pernah dgr tp x terpanggil nak buat..hihi

    ReplyDelete
  2. Hehe bole laa try nanti. Simple je. Sedap gak. :)

    ReplyDelete
  3. Biar betul milo secawan gula 1.5cawan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Milo 3 cawan sis.. Gula 1.5 cawan. Saya guna nisbah 2:1.. :)

      Delete
  4. Milo 3 cwn? Byk sgt kot..akk dah try buat tp melekat dan lembik kat kuali...sudahnya x tau nk buat apa..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melekat eh? Akak dah try letak minyak/mentega dulu di kuali? Saya buat few times guna resepi ni alhamdulillah tak melekat.
      Kalau lembik, akak boleh tambah sedikit tepung.. :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails